Assalamualaikum wbt...

Sabtu, 15 Januari 2011

Masjid Malaysia.......Masjid Maghribi..........


Sekali tengok mcm solat jumaat kan, tp kenyataan yg sbenarnya adalah SOLAT ZOHOR PADA HARI SABTU... Gambar ini diambil di masjid di bandar Tetouan(walaupun teragak2 nak ambil krn smua org perhati ketika nak ambil gambar)...

Adakah di Malaysia mcm ni bilangan jemaah di masjid selain solat jumaat?, mgkin ada di SESETENGAH MASJID, itupun jika di hari bekerja(waktu zohor dan asar) kerana pekerja rehat tgh hari.. Bagaimana dgn hari minggu pula?

Inilah antara perbezaan yg agak besar yg dpt saya lihat sepanjang saya tinggal di bumi Maghribi ini. Nak kata 'ini adalah budaya arab'. Itu adalah kenyataan yg salah kerana ini adalah apa yg ISLAM  ajar melalui Rasul S.A.W., bkn budaya masyarakat arab. Tidak kira hari bekerja atau hari minggu, setiap kali masuk waktu solat, masyarakat di sini pasti akan mencuba utk solat berjemaah di masjid. Mereka akan menutup premis perniagaan mereka utk ke masjid. Mereka rela mendapatkan ganjaran lebih utk hari akhirat berbanding keuntungan perniagaan di dunia yg sementara shj.

                                     -masjid hassan II di casablanca, Maghribi-

Antara kelainan adat2 di masjid di Maghribi adalah,

1- Mempunyai tempat letak kasut @ rak kasut di dalam masjid. Rak kasut tu ada yg diletakkan di bahagian hadapan saf kita nak solat, ada juga di bahagian belakang saf. Ini bagi mengelakkan kasut kita dicuri.Senang kan kalau kasut ada di depan mata selalu, tak lah kena curi. Si pencuri pun x brani nak curi kasut dpn tuan kasut tu...huhu

2-  Jemaah di sini amat mementingkan kelurusan dan kerapatan saf ketika hendak solat. Kaki tu ibarat 'wajib' bersentuh dgn jemaah di sebelah. Apatah lagi bahu kan.
Sebelum solat imam akan menegur jika jemaah tak merapatkan dan meluruskan saf. Ini baru dipanggil 'imam cakna'...hehe

3- Masjid dibuka apabila hendak masuk waktu dan ditutup selepas solat. Ini mungkin menjadi masalah kpd para musafir apabila hendak menunaikan solat. Antara sebab2 masjid ditutup selepas solat adalah;
     -mengelakkan haiwan ternakan @ x ternakan masuk kedalam masjid.
     -mengelakkan barang masjid dari dicuri.
     -meengelakkan masjid dari dikotori oleh pihak tak bertanggungjawab.

4- Mengedarkan takwim @ jadual waktu solat pada setiap awal bulan Islam / Hijrah. Dengan usaha yg begini, ia dpt memberitahu kepada jemaah tentang waktu solat seterusnya mengingati tarikh di bulan Islam. Berbanding di Malaysia, bulan Ramadhan lah yg paling rancak org membahagikan risalah masuk waktu solat. Itupun orang hanya ingat waktu solat maghrib(kerana nak berbuka puasa). Dan selepas Ramadhan, waktu solat dan tarikh bulan Islam semakin dilupai.

Cukuplah stakat ini dahulu, insyaAllah akan ada sambungan lagi pada post akan datang...

Waallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan