Assalamualaikum wbt...

Sabtu, 8 Januari 2011

Maghribi @ Morocco


                                                              ~bendera negara maghribi~

Apabila diajukan nama Morocco kpd rakyat Malaysia, mungkin ada yg tersalah faham antara Morocco dan Moscow (ibu negara di Rusia). Apabila disebut pula nama Maghribi mungkin juga ada yg kenal dan ada juga yg tak kenal. Untuk pengetahuan semua di bwh ini adalah wikipedia tentang negara Morocco @ Maghribi.

Maghribi
 (المغرب), (ArabAl-Mamlakah al-Maġribiyyah - المملكة المغربية‎ ; bahasa Berber:Tageldit n Lmeghrib Km logo.jpg) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.
Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab,Kesatuan Maghrib ArabPertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean,Kumpulan 77La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama. 

Ibu negara Maghribi adalah Rabat. Tetapi bandaraya terbesar di negara ini adalah Casablanca (rumah putih).
Bahasa rasmi negara ini adalah Bahasa Arab. Bahasa keduanya adalah Bahasa Perancis. Bahasa Amazigh (rakyat asal maghribi) dan Bahasa Sepanyol juga digunakan di wilayah tertentu.

Di negara ini terdapat 2 persatuan yg dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Persatuan Rakyat Malaysia (PRM) dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi (PMMM)... Rakyat Malaysia di sini tidaklah ramai seperti di Mesir ataupun di Jordan kerana kebanjiran mahasiswa Malaysia di sana. Di Maghribi ini hanya mempunyai mahasiswa Malaysia yg tidak sampai bilangannya 300 orang. Contohnya mahasiswa Malaysia di wilayah Tetouan hanyalah seramai 5 org sahaja. Bilangan ini termasuklah saya yg blajar di wilayah Tetouan.

Di negara ini terdapat beberapa buah universiti yg diiktiraf kerajaan Malaysia, antaranya;

1- Universiti Al-Qarawiyyin, Tetouan, Maghribi.
    ( kuliah usuluddin)
2- Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi.
    ( kuliah pengajian islam dan kuliah lughoh (bahasa arab) )
3- Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes, Maghribi.
    
( kuliah pengajian islam dan kuliah lughoh (bahasa arab) )
4- Universiti Ibn Tofail, Kenitra, Maghribi.
    
( kuliah pengajian islam dan kuliah lughoh (bahasa arab) )
5- Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi.
    
( kuliah pengajian islam dan kuliah lughoh (bahasa arab) )
6- Universiti Hassan II, Mohammedia, Maghribi.
    
( kuliah pengajian islam dan kuliah lughoh (bahasa arab) )
7- Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh, Maghribi.
    
( kuliah pengajian islam dan kuliah lughoh (bahasa arab) )
8- Universiti Mohammed Al-Awwal, Oudja, Maghribi.
    (bidang disini tidak diketahui kerana tiada pelajar Malaysia disini)

1 ulasan:

  1. Assalam.. terima kasih di atas perkongsian mengenai morocco ini.. Sy amat berminat untuk belajar di sana. So, sy nak tnya klu course sains sosial ada tak ditawarkan disana?? sebab sy tgk kebanyakan lebih kepada pengajian islam dan bahsa arab.

    BalasPadam