Assalamualaikum wbt...

Ahad, 23 Januari 2011

~Umat Islam itu Bersaudara~

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yg bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(surah al-hujurat; ayat 10)



Saya sering kali mendengar ayat ini diutarakan ketika USRAH, PROGRAM-PROGRAM YG MENGUMPULKAN UMAT ISLAM dan sebagainya.

Dari segi penterjemahan ayat ke 10 ni memang mudah utk difahami. Tetapi terdetik di dalam hati saya untuk tahu apakah asbabun nuzul (sebab2 penurunan) ayat ini. Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yg saya tahu tentang sebab penurunan ayat ini.

Diceritakan oleh Anas pernah satu ketika Rasulullah S.A.W. dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay (ketua munafiq), baginda menaiki untanya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah S.A.W. menghampiri Abdullah bin Ubay, dia (abdullah bin ubay) berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah S.A.W. sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lalu salah seorang sahabat dari golongan Ansar menjawab “Demi Allah, bau unta Rasulullah S.A.W. adalah lebih harum dari bau mu”. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.” (riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Pengajaran yg ingin disampaikan melalui ayat ini adalah, ia
 menegaskan bahawa orang-orang yang mukmin (beriman) itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan ia merupakan kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.

Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.

Hadis Rasulullah S.A.W. tentang persaudaraan:
“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya”
 (riwayat Muslim).

Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” 
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” 
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” 
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan,
jika berlaku kesilapan tolong betulkan.

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Jika salah tolong betulkan.

Waallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan