Assalamualaikum wbt...

Isnin, 17 Januari 2011

Dimana Ustaz?...... Ustazah?

Malaysia kekurangan guru j-Qaf



MASALAH kekurangan guru j-Qaf semakin membimbangkan dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. - Gambar hiasan




KUALA LUMPUR - Guru-guru untuk program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) semakin berkurangan di semua sekolah rendah di Malaysia.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya.
"Purata biasa untuk tiga kelas ialah seorang guru j-Qaf tetapi di Pahang, contohnya, seorang guru terpaksa mengajar enam kelas berseorangan," jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Mohamed Sabri, kekurangan guru-guru itu membimbangkan kerana matlamat untuk program itu tidak akan tercapai sekiranya jumlah guru yang dibekalkan semakin berkurangan.
"Bayangkan, pada tahun ini hanya 1,500 orang guru j-Qaf ada di seluruh negara sedangkan saya dapat maklumat di Perak sahaja 400 guru diperlukan. Mana cukup dengan jumlah 1,500 orang itu untuk tahun ini?"katanya.
Mohamed Sabri berkata, masalah itu mula berlaku sejak tahun 2009 dan ia semakin berlarutan sehingga kini.
Sejak tahun j-Qaf mula diperkenalkan pada 2004, ia telah diterima baik murid-murid di sekolah dan ia merupakan satu pembelajaran yang bermanfaat tetapi jika perkara ini terus berlarutan program itu akan jadi sia-sia.
Katanya lagi, pihak kesatuan berharap Kementerian Pelajaran mengambil berat soal kekurangan guru itu agar pembelajaran murid-murid tidak terjejas.

(Sekadar pandangan la),
- dimana graduan lulusan agama? Tak kira la mana2 lulusan pun Malaysia ke, Mesir ke atau Maghribi sendiri ke... Dimanakah kalian? Kata nak berjuang menegakkan Islam. Kata budak2 skarang ramai dah rosak sebab sekolah2  tak bagi didikan agama dgn sebetulnya. Tp kenyataannya mcm mana mereka nak dapat didikan agama yg sebetulnya di sekolah jika guru agama pun kurang di sekolah mereka. Adakah bekerja sebagai guru di sekolah rendah, low tarafnya? Padahal nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda (mafhumnya), sebaik2 dri kamu adalah org yg blajar(student) Al-Quran dan mengajarkannya(guru)..
 "Jika kamu bekerja dgn kerajaan tak bermakna kamu menyokong kerajaan dan jika ada org bekerja sendiri tak bermakna dia tak menyokong kerajaan".   :-)

'Tepuk dada tanya iman'

- Pihak yg ambil ustaz ustazah utk bekerja pun satu hal. Mana2 ustaz ustazah yg ada unsur2 'moon' ke 'double bulan sabit' ke, mesti dia x ambil bekerja. Padahal ustaz ustazah yg diperlukan di sekolah2 x cukup. Smata2 mahu menyenangkan hati sndiri dan sekutunya, org lain yg jd mangsa. Pelajar2 yg rugi sbb x cukup guru di sekolah. Jadi fikirlah yg mana baik utk akhirat first bru dunia....kerana kehidupan di akhirat kekal manakala kehidupan di dunia hanyalah sementara.

                                                - gambar hiasan -

1 ulasan: