Assalamualaikum wbt...

Ahad, 23 Januari 2011

~Umat Islam itu Bersaudara~

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yg bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(surah al-hujurat; ayat 10)



Saya sering kali mendengar ayat ini diutarakan ketika USRAH, PROGRAM-PROGRAM YG MENGUMPULKAN UMAT ISLAM dan sebagainya.

Dari segi penterjemahan ayat ke 10 ni memang mudah utk difahami. Tetapi terdetik di dalam hati saya untuk tahu apakah asbabun nuzul (sebab2 penurunan) ayat ini. Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yg saya tahu tentang sebab penurunan ayat ini.

Diceritakan oleh Anas pernah satu ketika Rasulullah S.A.W. dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay (ketua munafiq), baginda menaiki untanya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah S.A.W. menghampiri Abdullah bin Ubay, dia (abdullah bin ubay) berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah S.A.W. sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lalu salah seorang sahabat dari golongan Ansar menjawab “Demi Allah, bau unta Rasulullah S.A.W. adalah lebih harum dari bau mu”. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.” (riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Pengajaran yg ingin disampaikan melalui ayat ini adalah, ia
 menegaskan bahawa orang-orang yang mukmin (beriman) itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan ia merupakan kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.

Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.

Hadis Rasulullah S.A.W. tentang persaudaraan:
“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya”
 (riwayat Muslim).

Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” 
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” 
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
 “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” 
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan,
jika berlaku kesilapan tolong betulkan.

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Jika salah tolong betulkan.

Waallahualam...

Isnin, 17 Januari 2011

Dimana Ustaz?...... Ustazah?

Malaysia kekurangan guru j-Qaf



MASALAH kekurangan guru j-Qaf semakin membimbangkan dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. - Gambar hiasan




KUALA LUMPUR - Guru-guru untuk program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) semakin berkurangan di semua sekolah rendah di Malaysia.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya.
"Purata biasa untuk tiga kelas ialah seorang guru j-Qaf tetapi di Pahang, contohnya, seorang guru terpaksa mengajar enam kelas berseorangan," jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Mohamed Sabri, kekurangan guru-guru itu membimbangkan kerana matlamat untuk program itu tidak akan tercapai sekiranya jumlah guru yang dibekalkan semakin berkurangan.
"Bayangkan, pada tahun ini hanya 1,500 orang guru j-Qaf ada di seluruh negara sedangkan saya dapat maklumat di Perak sahaja 400 guru diperlukan. Mana cukup dengan jumlah 1,500 orang itu untuk tahun ini?"katanya.
Mohamed Sabri berkata, masalah itu mula berlaku sejak tahun 2009 dan ia semakin berlarutan sehingga kini.
Sejak tahun j-Qaf mula diperkenalkan pada 2004, ia telah diterima baik murid-murid di sekolah dan ia merupakan satu pembelajaran yang bermanfaat tetapi jika perkara ini terus berlarutan program itu akan jadi sia-sia.
Katanya lagi, pihak kesatuan berharap Kementerian Pelajaran mengambil berat soal kekurangan guru itu agar pembelajaran murid-murid tidak terjejas.

(Sekadar pandangan la),
- dimana graduan lulusan agama? Tak kira la mana2 lulusan pun Malaysia ke, Mesir ke atau Maghribi sendiri ke... Dimanakah kalian? Kata nak berjuang menegakkan Islam. Kata budak2 skarang ramai dah rosak sebab sekolah2  tak bagi didikan agama dgn sebetulnya. Tp kenyataannya mcm mana mereka nak dapat didikan agama yg sebetulnya di sekolah jika guru agama pun kurang di sekolah mereka. Adakah bekerja sebagai guru di sekolah rendah, low tarafnya? Padahal nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda (mafhumnya), sebaik2 dri kamu adalah org yg blajar(student) Al-Quran dan mengajarkannya(guru)..
 "Jika kamu bekerja dgn kerajaan tak bermakna kamu menyokong kerajaan dan jika ada org bekerja sendiri tak bermakna dia tak menyokong kerajaan".   :-)

'Tepuk dada tanya iman'

- Pihak yg ambil ustaz ustazah utk bekerja pun satu hal. Mana2 ustaz ustazah yg ada unsur2 'moon' ke 'double bulan sabit' ke, mesti dia x ambil bekerja. Padahal ustaz ustazah yg diperlukan di sekolah2 x cukup. Smata2 mahu menyenangkan hati sndiri dan sekutunya, org lain yg jd mangsa. Pelajar2 yg rugi sbb x cukup guru di sekolah. Jadi fikirlah yg mana baik utk akhirat first bru dunia....kerana kehidupan di akhirat kekal manakala kehidupan di dunia hanyalah sementara.

                                                - gambar hiasan -

Sabtu, 15 Januari 2011

Masjid Malaysia.......Masjid Maghribi..........


Sekali tengok mcm solat jumaat kan, tp kenyataan yg sbenarnya adalah SOLAT ZOHOR PADA HARI SABTU... Gambar ini diambil di masjid di bandar Tetouan(walaupun teragak2 nak ambil krn smua org perhati ketika nak ambil gambar)...

Adakah di Malaysia mcm ni bilangan jemaah di masjid selain solat jumaat?, mgkin ada di SESETENGAH MASJID, itupun jika di hari bekerja(waktu zohor dan asar) kerana pekerja rehat tgh hari.. Bagaimana dgn hari minggu pula?

Inilah antara perbezaan yg agak besar yg dpt saya lihat sepanjang saya tinggal di bumi Maghribi ini. Nak kata 'ini adalah budaya arab'. Itu adalah kenyataan yg salah kerana ini adalah apa yg ISLAM  ajar melalui Rasul S.A.W., bkn budaya masyarakat arab. Tidak kira hari bekerja atau hari minggu, setiap kali masuk waktu solat, masyarakat di sini pasti akan mencuba utk solat berjemaah di masjid. Mereka akan menutup premis perniagaan mereka utk ke masjid. Mereka rela mendapatkan ganjaran lebih utk hari akhirat berbanding keuntungan perniagaan di dunia yg sementara shj.

                                     -masjid hassan II di casablanca, Maghribi-

Antara kelainan adat2 di masjid di Maghribi adalah,

1- Mempunyai tempat letak kasut @ rak kasut di dalam masjid. Rak kasut tu ada yg diletakkan di bahagian hadapan saf kita nak solat, ada juga di bahagian belakang saf. Ini bagi mengelakkan kasut kita dicuri.Senang kan kalau kasut ada di depan mata selalu, tak lah kena curi. Si pencuri pun x brani nak curi kasut dpn tuan kasut tu...huhu

2-  Jemaah di sini amat mementingkan kelurusan dan kerapatan saf ketika hendak solat. Kaki tu ibarat 'wajib' bersentuh dgn jemaah di sebelah. Apatah lagi bahu kan.
Sebelum solat imam akan menegur jika jemaah tak merapatkan dan meluruskan saf. Ini baru dipanggil 'imam cakna'...hehe

3- Masjid dibuka apabila hendak masuk waktu dan ditutup selepas solat. Ini mungkin menjadi masalah kpd para musafir apabila hendak menunaikan solat. Antara sebab2 masjid ditutup selepas solat adalah;
     -mengelakkan haiwan ternakan @ x ternakan masuk kedalam masjid.
     -mengelakkan barang masjid dari dicuri.
     -meengelakkan masjid dari dikotori oleh pihak tak bertanggungjawab.

4- Mengedarkan takwim @ jadual waktu solat pada setiap awal bulan Islam / Hijrah. Dengan usaha yg begini, ia dpt memberitahu kepada jemaah tentang waktu solat seterusnya mengingati tarikh di bulan Islam. Berbanding di Malaysia, bulan Ramadhan lah yg paling rancak org membahagikan risalah masuk waktu solat. Itupun orang hanya ingat waktu solat maghrib(kerana nak berbuka puasa). Dan selepas Ramadhan, waktu solat dan tarikh bulan Islam semakin dilupai.

Cukuplah stakat ini dahulu, insyaAllah akan ada sambungan lagi pada post akan datang...

Waallahualam...

Raja Maghribi

Seperti yg saya bgtahu dlm post sblm ini, Maghribi mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Cuma bezanya dgn di Malaysia adalah raja Maghribi lebih berkuasa berbanding dgn Perdana Menterinya, berbanding di Malaysia Perdana Menteri yg berkuasa ke atas negara. Di bwh ini saya akan perkenalkan serba sedikit tentang raja Maghribi ini.






Muhammad VI (Bahasa Arab: محمد السادس) (lahir 21 Ogos 1963adalah raja kini Maghribi. Beliau menaiki takhta pada bulan Julai 1999.


Ayahnya, Allahyarham Raja Hassan II, yang tertarik untuk memberikannya pendidikan agama dan politik dari usia awal. Pada usia empat tahun, beliau mula menghadiri sekolah Al-Quran di Istana Kerajaan di mana beliau belajar Al-Quran dengan bersungguh-sungguh, dan menerima pendidikan agama dan tradisional.

Setelah mendapat pendidikan rendah dan menengah di Royal College dan setelah beliau menerima Baccalaureate pada tahun 1981, Mohammed memperoleh BA dalam undang-undang di Kolej Undang-undang dari Mohammed V University di Rabat 
pada tahun 1985. Kertas penyelidikannya ditandatangani dengan "Kesatuan Arab-Afrika dan strategi Kerajaan Maghribi dalam urusan Hubungan Antarabangsa".


Pada tahun 1987 beliau memperoleh gelaran certificat d'Etudespertama Supérieures (CES) dalam ilmu politik dan pada bulan Julai 1988 beliau memperoleh Diplome d'Etudes Approfondies DEA dalam undang-undang awam.

Pada November 1988 beliau dilatih di Brussels dengan JacquesDelors, selepas itu bersama Presiden Suruhanjaya Eropah.


Beliau memperoleh gelaran doktor dalam undang-undang (PhDdengan perbezaan pada tarikh 29 Oktober 1993 dari Universiti Perancis Nice Sophia Antipolis untuk tesisnya tentang "MEE-Maghreb Hubungan".


Mohammed dipromosikan untuk pangkat Mejar Jeneral pada tarikh 12 Julai 1994.
Beliau menerima gelaran kehormatan dari The George Washington University pada tarikh 22 Jun 2000 untuk promosi tentang demokrasi di Maghribi.



Mohammed mempunyai seorang saudara lelaki, Putera Moulay Rachid dan tiga saudara perempuan, Puteri Lalla Meryem, Puteri Lalla Asmadan Puteri Lalla Hasna.






Pada tarikh 21 Mac 2002 beliau berkahwin Salma Bennani (sekarang HRH Princess Lalla Salmadi Rabat, memberinya darjah permaisuri Puteri. Puteri Lalla Salma mempunyai dua orang anak, Putra Mahkota Moulay Hassan, yang lahir pada tarikh 8 Mei 2003, dan Puteri Lalla Khadijah, yang lahir pada tarikh 28 Februari 2007.


Inilah serba sedikit yg dpt saya kongsikan bersama... Nak tulis panjang2 kena pergi wawancara raja Mohammed VI sndirilah... :-)




Rabu, 12 Januari 2011

Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah?

-gambar hiasan-

Di Malaysia sekarang kecoh bab Syiah. Golongan yg mengakui diri mereka Ahli Sunnah Wal Jamaah menentang keras golongan Syiah ini. Disini saya bkn nak crite bab Syiah ttp mereka yg mengakui diri mereka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adakah mereka tahu apa maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah yg mereka sebut-sebutkan itu? Atau sekadar nak bermegah2 dgn nama Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sahaja?

 Ahli Sunnah Wal Jamaah...



Mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka.

Generasi paling awal dan utama di kalangan mereka adalah para sahabat, kemudian diikuti oleh para tabi’in dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. Generasi pertama di kalangan mereka dikenali dengan nama Salaf.

Mereka berpandukan Al-Quran dan Sunnah tanpa menghuraikan kenyataan yang samar (mutashabihat) dan menyerah maksudnya kepada Allah. Ini berpandukan kepada kenyataan Allah dalam surah Ali Imran, ayat 7,



“Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.”

Pada zaman awal, mereka tidak banyak berhujah menggunakan logik kerana mereka bersikap menerima tanpa perlu banyak berhujah tentang apa sahaja yang dinyatakan dalam Al-Quran, Sunnah dan para sarjana Islam, sahabat dan tabi’in.

Mereka itu terdiri daripada pelbagai bidang kegiatan. Ada yang bergiat dengan mendalami ilmu agama dalam berbagai-bagai bidang, seperti akidah yang berkaitan dengan perkara-perkara beriman kepada Allah, perkara-perkara kenabian dan risalah, dan rukun-rukun iman yang lain, mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah, ilmu fiqah dan akhlak.

 Ada pula yang memberi perhatian khusus dengan merekod sanad iaitu turutan penyampai yang dipercayai daripada Nabi Muhammad bagi menjamin keselamatannya daripada kepalsuan. Ada yang mendalami ilmu qiraat.

Ada vang sibuk dengan perkara-perkara membersihkan hati dan jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah yang dikenali dengan golongan tasauf.

Ada yang menghabiskan umur berjihad di medan perang mempertahankan Islam dan memerangai musuh-musuhnya.

Ada yang sibuk dengan ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu (tatabahasa), sorof, balaghah, sastera dan sebagainya yang menjadi alat penting bagi mempelajari agama dengan bahasanya. Dan ada pula yang sibuk dengan urusan-urusan lain tetapi mereka adalah pengikut setia kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dalam perkara pemerintahan mereka bersepakat menegaskan wajibnya melantik khalifah sebagai memimpin umat dan melaksanakan hukum Allah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya.

Mereka juga berpendapat khalifah itu daripada kalangan Quraish kerana golongan itu paling kuat dan berpengaruh pada masa itu. Khalifah itu mesti melafazkan bai ‘ah iaitu ikrar setia dalam perkara yang tidak bercanggah dengan Allah dan rasulNya. Lafaz ikrar setia ini dilakukan oleh umat Islam atau wakil mereka yang dinamakan Ahlu Halli wal Aqdi.

Mereka berpendapat, mesyuarat dianjurkan dalam perkara yang tidak ada nas daripada Al-Quran dan Hadis. Jadi, khalifah, Ahlu Halli wal Aqdi dan mereka yang mengendalikan urusan negara itu mesti adil daripada pengaruh peribadi mengendalikan urusan negara. Rujukan yang menjadi ukuran adil itu adalah kitab Allah dan sunnah Nabi Muhammad.

Mengenai para sahabat, mereka menjunjung tinggi semuanya, mengakui keempat-empat khalifah ar-Rasyidin adalah orang yang paling layak pada zaman masing-masing. Mereka memohon supaya Allah mengampuni para sahabat dalam pertelingkahan dan peperangan yang berlaku di kalangan mereka. Ini kerana jasa mereka besar bagi menegakkan kalimah Allah walaupun di antara mereka sudah tentu ada yang tersalah dalam pertelingkahan itu. Inilah yang disifatkan oleh Allah dalam Al-Quran surah al- Hasyr, ayat 10,


“Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, “Wahai Tuhan kami! Ampuni kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasat dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya engkau amat limpah belas kasihmu dan maha penyayang.”

Generasi pertama ini tidak menamakan diri mereka dengan nama-nama fahaman tertentu. Ini kerana umat Islam pada masa itu bersatu daripada segi hidupnya, para sahabat yang masih hidup menjadi tumpuan bagi bertanya masalah. Amalan ini juga berlaku pada zaman para tabi’in. Mereka bukan sahaja tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat, sebaliknya menyandarkan apa yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah dan menghuraikan secara meleret-meleret.

Kesemua imam mazhab yang terkenal seperti Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad bin Hambal, Sufian as-Sauri dan lain-lain berpegang dengan aliran salaf ini..

Sabtu, 8 Januari 2011

Universiti Tertua di Dunia...

Senarai Universiti Tertua Di Dunia.


Ramai yg terkeliru ttg universiti manakah yg tertua di dunia, ada yg mengatakan universiti Al-Azhar di Mesir. Saya juga pernah berpandangan begitu. Tetapi ternyata ia meleset kerana masih ada universiti yg lebih tua daripada universiti Al-Azhar...
                                            Universiti Al-Qarawiyyin, Fes, Morocco
Semoga senarai ini memberi satu maklumat baru kepada anda sekalian, dan juga membetulkan persepsi @ maklumat sesetengah pihak.
YearCurrent LocationNameOther notes
859Flag of Morocco Fes,MoroccoUniversity of Al-Karaouine1
(Arabic: جامعة القرويين)
Recognised by the Guinness Book of World Records as the world’s oldest continuously-operating, degree-granting university.[3]
975Flag of Egypt Cairo,EgyptAl-Azhar University1
(Arabic: الأزهر الشريف)
A degree-granting Jam’iah (“university” in Arabic)[1] with individual faculties[4] for a Madrasah and theological seminary,Islamic law and jurisprudenceArabic grammarIslamic astronomyearly Islamic philosophy, and logic in Islamic philosophy.[1]
1088Flag of Italy Bologna,ItalyUniversity of Bologna
1150Flag of France Paris,FranceUniversity of ParisExact date uncertain, founded before 1150. Teaching suspended in 1229. Split into 13 universities in 1970.
1167Flag of England Oxford,EnglandUniversity of OxfordExact date uncertain, founded before 1167 (teaching existed since 1096). Teaching suspended in 1209 (due to town execution of two scholars) and 1355 (due to the St. Scholastica riot)
1175Flag of Italy Modena,ItalyUniversity of Modena and Reggio EmiliaDue to the fact that it grew around the historical “Studium mutinensis” (Modena’s studies)
1209Flag of EnglandCambridge,EnglandUniversity of Cambridge
1218Flag of SpainSalamanca,SpainUniversity of Salamanca
1220Flag of FranceMontpellier,FranceUniversity of MontpellierThe university was closed in 1793 due to the French Revolution, and its faculties reintegrated under the Imperial University of France in 1808.
1222Flag of Italy Padua,ItalyUniversity of PaduaSuspended in 1237-61, 1509-17, 1848-50.
1224Flag of Italy Naples,ItalyUniversity of Naples Federico IIClosed in 1435-51, 1451-65, 1474-78, 1480-87, 1496-1507, 1527-29, 1531, 1547, 1562, 1585, etc.[5]
1229Flag of France Toulouse,FranceUniversity of ToulouseFounded in 1229.[6]
1233Flag of Iraq Baghdad,IraqMustansiriya University1
(Arabicالجامعة المستنصرية)
Established by the Abbasid Caliph al-Mustansir in 1233, the college was incorporated into the Baghdad Universityin 1962.
1240Flag of Italy Siena,ItalyUniversity of SienaClosed in 1402-1404 and 1808-14.
1290Flag of Portugal Coimbra,PortugalUniversity of CoimbraFounded in Lisbon and was based there in 1290-1308, 1338-54, and 1377-1537.
1303Flag of Italy Rome,ItalyUniversity of Rome La SapienzaAccording to the Catholic Encyclopaedia, the university “remained closed during the entire pontificate of Clement VII“.
1306Flag of France Orl�ansFranceUniversity of Orl�ans1306 is the date of the official Papal Bull that gave it the title and privileges of a university ; the universit� had been founded in 1235.
1308Flag of Italy Perugia,ItalyUniversity of Perugia
1321Flag of Italy Florence,ItalyUniversity of Florencemoved to Pisa from 1473 to 1497 and from 1515 to 1860
1343Flag of Italy Pisa,ItalyUniversity of PisaThere is no record of the university between 1403 and 1476.
1346Flag of SpainValladolid,SpainUniversity of ValladolidClaims continuity with University of Palencia, founded in 1212 in Palencia [1]
1348Flag of the Czech Republic Prague,Czech RepublicCharles University of PragueThree of four faculties closed in 1419, joined with Jesuit university and renamed Charles-Ferdinand U. in 1652, split into German and Czech part in 1882, Czech branch closed during Nazi occupation (1939-1945), German branch closed in 1945.
1356Flag of France Angers,FranceUniversity of AngersBefore being officially recognized in 1356, it existed as a renowned school from the 11th century.[7]
1361Flag of Italy Pavia,ItalyUniversity of PaviaClosed for short periods during the Italian WarsNapoleonic wars, and Revolutions of 1848.
1364Flag of Poland Krak�wPolandCracow Academydevelopment stalled early, re-established from 1400 onwards
1365Flag of Austria Vienna,AustriaUniversity of Vienna
1386Flag of GermanyHeidelberg,GermanyRuprecht Karls University of HeidelbergTransferred to Neustadt an der Haardt in 1576-83, suppressed between 1632 and 1652, and moved out to Frankfurt am Main and elsewhere in 1689-1700.[8]
1391Flag of Italy Ferrara,ItalyUniversity of FerraraThere was no teaching in 1794-1824 and 1848-50.[2]
1404Flag of Italy Turin,ItalyUniversity of TurinThere was no university in Turin between 1536 and 1566 and during the Napoleonic occupation.
1409Flag of Germany Leipzig,GermanyUniversity of LeipzigFounded when German-speaking staff left Prague due to the Jan Hus crisis
1409Flag of FranceMarseille/Aix-en-Provence,FranceUniversity of Provence
1410Flag of Scotland St. Andrews,ScotlandUniversity of St. AndrewsFounded by a Papal Bull
1419Flag of Germany Rostock,GermanyUniversity of RostockDuring the Reformation, “the Catholic university of Rostock closed altogether and the closure was long enough to make the refounded body feel a new institution”.[9]
1425Flag of Belgium Leuven,BelgiumCatholic University of Leuven1Transferred to Brussels in 1788, shut down by the French Republic in 1797, reopened in 1816, reorganized in 1834. Since 1968 split between the French-speakingUniversit� catholique de Louvain,Louvain-la-Neuve and the Dutch-speakingKatholieke Universiteit Leuven, still at Leuven.
1431Flag of France Poitiers,FranceUniversity of Poitiers1The modern university in Poitiers was founded in 1896 by merging several schools. The old university was abolished during the French Revolution.
1432Flag of France Caen,FranceUniversity of Caen
1434Flag of Italy Catania,ItalyUniversity of Catania
1438Flag of Sweden Lund,SwedenUniversity of LundOriginally part of Denmark prior to the Peace of Roskilde in 1658.
1441Flag of France Bordeaux,FranceUniversity of BordeauxOfficially founded in 1441 by a Papal Bull, it was closed due to the French Revolution in 1793. The faculties of Science and of Letters were founded again in 1838, but it is not until 1896 that it recovered its official status as a university.[10]
1450Flag of SpainBarcelona,SpainUniversity of BarcelonaThe University of Barcelona was closed by the Bourbon dynasty and transferred toCervera after the War of the Spanish Succession (from 1714 until 1837).
1451Flag of Scotland Glasgow,ScotlandUniversity of Glasgow
1453Flag of Turkey Istanbul,TurkeyIstanbul University1Founded as a philosophical and theological higher education institution, refounded 23 July 1846 as a Dar�lf�nun (House of Multiple Sciences), and refounded again on 1 August 1933 as a ï¿½niversitesi (Arts and Sciences University).
1456Flag of GermanyGreifswald,GermanyUniversity of GreifswaldTeaching existed since 1436. Closed down during the Protestant Reformation (1527-39).
1457Flag of Germany Freiburg,GermanyAlbert Ludwigs University of FreiburgTemporarily transferred to Constance in 1686-98 and 1713-15.
1460Flag of Switzerland Basel,SwitzerlandUniversity of Basel
1460Flag of France Nantes,FranceUniversity of Nantes
1472Flag of Germany Munich,GermanyLudwig Maximilians University of MunichFounded in Ingolstadt in 1459, transferred to Landshut in 1800, moved to Munich in 1826.
1477Flag of Germany T�bingen,GermanyEberhard Karls University of T�bingen
1477Flag of Sweden Uppsala,SwedenUniversity of Uppsala
1479Flag of DenmarkCopenhagen,DenmarkUniversity of Copenhagen
1495Flag of ScotlandAberdeen,ScotlandUniversity of AberdeenKing’s College was founded in 1495 andMarischal College in 1593; they merged in 1860
1499Flag of Spain Madrid,SpainComplutense University of MadridClaims continuity with Estudio de Escuelas Generales de Alcal�, founded in 1293 inAlcal� de Henares
1499Flag of Spain Valencia,SpainUniversity of Valencia
1 – Controversial/disputed: Regarding the definition of university, which includes the ability to grant degrees in a wide range of fields, the categorization of many of the oldest learning institutions as de facto ancient universities in continuous operation could be controversial and problematic. For example, if the definition were broadened to include ancient institutions that did not originally grant degrees, were strictly religious schools for centuries or vanished without trace for long periods of time, then such categorization may agree with specific points of view which are not widely accepted.