Assalamualaikum wbt...

Sabtu, 9 April 2011

TPL datang lagi =)


TPL datang lagi setelah sekian lama menyepi. Slot kali ini saya nak bercerita pasal makang pulak. Kebanyakan orang luar (selain daripada orang terengganu) kalau nak meniru orang Terengganu bercakap dia hanya tahu sebut dua perkataan sahaja iaitu 'makang' dengan 'ikang'. hahaha.. Tapi sebenarnya untuk mahir betul-betul bercakap loghat Terengganu bukanlah mudah yang disangka. Sebabnya kadangkala ejaannya sama tapi bila ada penambahan 'sabdu' dalam sebutan maknanya turut jadi berubah.

Contoh pertama:
"Jemputlah makang.. kekgi sejuk lauk tu dok sedak pulok..."
(Jemputlah makan.. nanti sejuk lauk tu tak sedap pulak)
- Ini adalah sebutan biasa. Makan di sini tiada sabdu jadi maknanya biasa-biasa sahaja.

Contoh kedua:
"Kekgi jangang lupa tutuk tudung saji.. kang habih lauk ikang makkang kkucing"
(Nanti jangan lupa tutup tudung saji.. nanti habis lauk ikan 'dimakan' oleh kucing)
- Ini adalah sebutan yang bersabdu. Makang di sini membawa makna yang berlainan dari ayat pertama tadi.

Contoh ketiga:
"Laaa... tunggu mende lagi..? Makkang ar, kang sejuk pulok lauk tu"
(Laa.. apa tunggu apa lagi..? Makanlah, nantikan sejuk pula lauk tu)
- Masih lagi bersabdu. Makan di sini membawa maksud suruhan yang bersungguh-sungguh (orang terengganu kabo sungguh T).
 
Makkang juga ada membawa maksud lain seperti:



"brek basikal tu dok makkang mane" ( brek basikal itu tak makan mana)


tapi ni adalah untuk tahap yang tinggi sikit, kita belajar yang senang dulu deh... :D


insyaAllah jumpa lagi di masa akan datang, waallahualam.

2 ulasan:

  1. salam, tahniah .. berjaya buat kelas kat blog..
    sangat memerlukan untuk belajar bahasa ganu ngang kelantang.. !

    BalasPadam
  2. terima kasih kembali kerana sudi singgah di blog ini...

    insyaAllah slot ini akan sentiasa berterusan...

    doakan kejayaannya.. =D

    BalasPadam