Assalamualaikum wbt...

Rabu, 6 April 2011

Belajar di Maghribi @ Morocco


Baru-baru ni pelajar lepasan SPM telah menerima result mereka masing-masing, begitu juga dengan adik saya. TAHNIAH!!! saya ucapkan kepada sesiapa yang berjaya dan yang kurang berjaya insyaAllah ada hikmah di sebaliknya. =)

Disini saya nak cerita serba sedikit bagaimana nak memohon belajar di Maghribi @ Morocco ni. Hal ni atas permintaan rakan saya kerana dia juga ingin memohon belajar di sini. Disini saya lebih tertumpu kepada pelajar negeri Terengganu. Untuk pelajar-pelajar negeri lain anda boleh merujuk kepada majlis agama negeri masing-masing. Kalau macam negeri Pahang boleh rujuk kepada Yayasan Pahang. Selangor dengan JAIS. N9 dengan MAINS. Kelantan dengan YIK. Dll...

Bagi pelajar Terengganu anda boleh memohon dengan Yayasan Terengganu @ secara persendirian.

Kalau untuk persendirian anda boleh mendownload borang permohonan daripada laman web ni:
http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php

1) Download borang permohonan tu.
2) Lakukan semua arahan yang terdapat dalam borang tu.

Tak susah pun nak mohon belajar ke sini cuma nak diterima belajar ke sini itulah yang susah kerana disini mempunyai kuota.

Disini juga ada menyediakan biasiswa tetapi had kepada 15 orang sahaja.

Antara universiti yang mempunyai pelajar Malaysia:

1) Universiti Mohamed V, Rabat ( bidang pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

2) Universiti Ibnu Tofail, Kenitra ( pengajian islam)

3) Universiti Hasan II, Casablanca ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

4) Universiti Hasan II, Mohammedia ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

5) Universiti Qarawiyyin, Tetouan ( usuluddin)

6) Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

7) Universiti Cadhi Ayyad, Marrakesh ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)


7 ulasan:

  1. Asslamualaikum,

    Saya ingin bertanya, bolehkah sekiranya saya menggunakan Diploma untuk memohon belajar di Morocco. utk makluman, saya baru menamatkan Diploma saya dalam pengajian Islam.

    Jika ingin menggunakan SPM, saya adalah lulusan SPM 2005 lebih kurang 5 tahun yg lalu.

    Jika boleh memohon menggunakan Diploma, bagaimanakah caranya?

    BalasPadam
  2. w'salam wbt,

    stakat yg saya maklum utk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda disini hanya memerlukan SPM... saya tak pernah dengar lagi yg ada pelajar sambung belajar disini menggunakan diploma.

    masa saya mula minta belajar di sini dulu KPT nak SPM terbaru.
    contoh: mohon sambung belajar ke Morocco pada tahun 2011, KPT hanya nak pelajar SPM 2010 je.

    untuk tahun ni saya tak pasti kalau KPT dah tukar syarat2nya.

    saudara bleh bertanya di laman web ni untuk keterangan lebih lanjut:

    www.k-pmmm.blogspot.com

    semoga membantu... :D

    BalasPadam
  3. salam alaik .. ana pelajar lepasan spm2011 berhajat ingin sambung syariaah dkt morocco ..bgaimana proses ..?? mminta pendapat .. tq

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    ada tak agen yang bawa pljr ke morocco?
    selain KPT?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.. saya pelajar stpm 2015. So, sy nak tanya..Adakah pelajar stpm diterima untuk belajar di morocco? sbb rata-ratanya sy tgk hanya pelajar spm shj yang dterima.

    BalasPadam
  6. Pljr lepasan spm msuk ijazah terus atau kena msuk kursus bahasa?

    BalasPadam



  7. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk


    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa 'afwan.

    BalasPadam