Assalamualaikum wbt...

Khamis, 28 April 2011

Kisah Teladan~


Anas bin Malik r.a. menceritakan : “Kami telah duduk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. pun bersabda : “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syurga”. Kelihatan seorang lelaki Ansar yang mengurut-ngurut janggutnya dengan basahan air wuduk sambil beliau memegang sepasang kasutnya ditangan kirinya. Keesokan harinya, sekali lagi Rasulullah s.a.w. bersabda sedemikian rupa, dimana sekali lagi lelaki itu hadir seumpama kali yang pertama. Pada hari yang ketiga, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda dengan perkara yang sama. Lelaki itu muncul juga seumpama kemunculannya pada kali pertama. 

Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari majlisnya, Abdullah bin Amru pun mengikuti lelaki Ansar tersebut dan berkata kepadanya : “Sesungguhnya aku telah bergaduh dengan bapaku, maka ku bersumpah tidak akan kembali menemuinya selama tiga hari. Jika kamu membenarkan, Izinkanlah aku menumpang dirumahmu selama tiga hari”. Lelaki Ansar itupun membenarkan Abdullah bin Amru r.a. menumpang dirumahnya selama tiga hari. 

Abdullah telah menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan tiga malam tidur dirumah lelaki Ansar tersebut. Aku tidak pernah melihatnya bangun malam untuk bersolat melainkan aku mendengar beliau menyebut “Allahu Akbar” setiap kali mengalih-alihkan badannya sewaktu tidur itu sehinggalah beliau bangun untuk solat subuh. Abdullah berkata : “Melainkan aku hanya mendengar beliau bercakap tentang kebaikan”. Apabila tiga malam berlalu, aku hamper memperkecil-kecilkan amalanya, lalu aku berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, aku tidak bergaduh dengan bapaku dan keluar dari rumah, akan tetapi aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda tentang diri kamu sebanyak tiga kali: “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syurga”. Setiap kali Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata tersebut, kamu telah muncul. Oleh yang demikian, aku pun bercadang untuk mengetahui apakah amalan kmau sehingga Rasulallah s.a.w. mengtakan bahawa kamu adalah ahli syurga. Tetapi aku tidak melihat amalan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. bersabda demikian”.

Lelaki Ansar itu menerangkan: “Tiada amalan lain yang aku lakukan melainkan apa yang telah kamu saksikan”. Apabila aku berpaling darinya, beliaupun memanggil dan berkata: “Tiada amalan lain yang telah aku lakukan melainkan amalan yang telah kamu saksikan dan aku tidak pernah menyimpan rasa dendam atau hasad kepada seseorang pun diatas kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepadanya”. Abdullah pun berkata: “Inilah amalan yang menyebabkab Rasullah s.a.w. bersabda demikian tentang diri kamu”.

Mampukah kita menjadi seperti sahabat Rasulullah S.A.W. ini?
Renungkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan