Assalamualaikum wbt...

Isnin, 28 Februari 2011

TPL @ Terengganu punye loghat~

assalamualaikum wbt....

sudah lama rasanya tak buka blog ni. Last sekali time maulidur rasul, ketika itu saya berada di wilayah Mohammedia untuk buang masa cuti untuk bercuti sambil mengenali wilayah Mohammedia dengan lebih mendalam. hehe..

Tajuk kali pasal TPL @ Terengganu punye loghat. Bukan pasal EPL ye. Dan bukan nak cerita pasal negeri Terengganu sejarah negeri sendiri pun kurang tahu sebenarnya hahaha tapi nak kongsi loghat orang Ganu ni... =)

Semasa bercuti di wilayah Fes haritu, ada la seorang kawan tu (orang selangor) selalu je dia sebut 'dok rok cettong'.
Time tu pergi bercuti dengan sahabat-sahabat dari Terengganu, Selangor, Penang, Kedah dan Pahang. Yang sahabat-sahabat dari Terengganu dan Pahang ni dah faham la apa maksud 'dok rok cettong' ni. Yang dari Penang, Kedah dan Selangor yang tak faham. Terfikirlah juga, tu loghat @ lahjah @ ayat orang Terengganu. Macam manalah dia boleh guna ayat tu macam orang ganu sendiri. Hehe.
Takpe. Disini saya akan terangkan apa maksud,
'dok rok cettong'.

'Dok rok cettong' disini bermaksud lemah, lembik, tak kuat dan yang sama maksud dengannya.

contoh-contoh ayat:
1) "dok rok cettong goh mu ni, kamus tebal tu pung dok leh nok akak"

(maksudnya): " lemah betul kamu ni,  kamus tebal tu pun tak buleh nak angkat"

2) "beras 10kg pung dok leh nok akak, dok rok cettong ngat!"

(maksudnya): "beras 10kg pun tak buleh nak angkat, lembik betul!"

Haaa, lebih kurang macam tulah maksudnya.
Selain daripada perkataan 'dok rok cettong' ini, 'komang spanar' buleh digunakan untuk mengganti perkataan 'dok rok cettong' tadi.

Macam mana nak ganti? Replace jelah...hehe

Semoga berjumpa lagi...
Waallahualam

* jika ada kesilapan tolong tegur... =)

Boleh nampak maksudnya kan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan