Assalamualaikum wbt...

Khamis, 3 Februari 2011

Apabila rakyat mengamuk...

Dah lama rasanya tak menulis di blog ni. Dah bersawang agaknya ye. Hmm, start tetamu dari UK datang rumah sampailah ke exam, selama itulah blog ni bersawang. Haih, sungguh kasihan ye. Bukan tak ada modal nak tulis tapi masa selalu semput kalau nak buka blog ni. Ada je kerja nak dibuat. Tapi alhamdulillah hari ni ada juga masa nak buka blog, isi sikit berita yang tengah heboh sekarang ni ye. Bukan pasal lagu INSHAALLAH versi melayu tu, tapi berita keadaan dunia arab pada hari ini.


 Inspirasi semua rusuhan yang berlaku ini adalah daripada seorang warga Tunisia, yang membakar dirinya kerana tidak puas hati dengan kerajaan Tunisia pada masa itu. Habis satu negara buat rusuhan, presidennya dah lari ke Arab Saudi. Pastu, merebak ke negara arab yang lain pula. Giliran Mesir pula, tapi si Hosni Mubarak ni mmg keras kepala betul, orang Terengganu kata "kerah keng", "payoh base". Rakyat suruh letak jawatan, dia tukar naib presiden. Yang rakyat bencinya DIA, tapi buat-buat tak tahu pula. Anak dan isterinya, dah lari kemana entah. Dengar beritanya siap bawa 100 bagasi lagi tu, entah-entah wang negara yang dibawa lari ke negara lain tu. Macam isteri presiden Tunisia, bawa lari emas. Inilah apabila Al-Quran dan As-Sunnah diletak tepi, ideologi barat yang diagung-agungkan.


Tak ada apa la sangat nak tulis pasal rusuhan ni pun. Cuma harapannya, yang akan ambil alih pucuk pimpinan nanti tu biarlah membawa ideologi Islam. Baru sejahtera negara tu. Kalau yang naik menjadi pemimpin guna ideologi barat juga, hmmm 10-20 tahun lagi berlaku pula rusuhan macam ni. Kalau tak percaya tunggu jelah. (Terfikir la juga, agak-agaknya kat Maghribi ni boleh berlaku tak rusuhan macam Mesir ek? Malaysia? Waallahualam...) :-)

Disini juga nak ucap tahniah kepada Maher Zain kerana dapat menyanyikan lagu InshaAllah versi melayu dengan baik... :) JOM KITE DENGOR!(loghat terengganu)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan