Assalamualaikum wbt...

Jumaat, 11 Februari 2011

Masjid Malaysia.......Masjid Maghribi..........(2)

Sepertimana post sebelum ni, saya telah ceritakan beberapa perbezaan masjid di Malaysia dan di Maghribi. (betul ke? lupa dah) hehe.

Kali ni saya cuma nak tambah la beberapa lagi kelainan adat2 masjid di Maghribi ni.



- Selepas habis solat fardhu,( rasanya tak semua waktu solat rasanya) biasanya pak2 imam and anak buahnya tu akan membaca Al-Quran Al-Karim sebanyak satu juzu' secara beramai-ramai. Agak-agaknya lah, kalau kat Malaysia tu nak tengok jemaah membaca Al-Quran beramai-ramai ni time bulan puasa( Ramadhan karim) je rasanya. Nak khatamkan 30 juzu' katakan. Bulan lain waallahualam. :)

- Ni yang dengar daripada senior kat sini la, para imam2 masjid di Maghribi ni semuanya hafiz 30 juzu'. Waallahualam la betul ke tak. Cuma nak bagitaunya time solat jumaat tu dapat la juga dengar bacaan daripada surah yang berlainan. Takla baca surah sama je kan. Puas la juga kan kalau dengar surah yang sama je. Jadi imam2 di Malaysia tu, cuba la baca surah lain ke sekali-sekala. Biar hilang bosan makmum tu. :)

Setakat ni je la buat sementara ni. Kalau saya dapat mana-mana info lagi pasal masjid di Maghribi ni, insyaAllah akan saya kongsikan bersama.

PEACE :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan