Assalamualaikum wbt...

Isnin, 15 Ogos 2011

ramadhan~

assalamualaikum wbt, sudah lama tak mengupdate blog ni, kalau dulu senang nak mengupdate sebab stay kat rumah tapi sekarang dah menjadi musafir, susah nak buka blog ni. Dengan kesibukan bermula pertengahan bulan tujuh, sampailah awal bulan lapan.

Pastu start ramadhan buat apa? Haha. Lama sangat tak mengupdate terus jadi malas. Maaf kepada pembaca2 sekalian kerana telah mengecewakan kalian. "ismahli akhuya"(dialek maghribi). :)

Hari ni cuma nak kongsi satu artikel tentang bulan ramadhan yang saya terbaca di blog seseorang.(lupa nama blog). Harap ia dapat memberi manfaat. Selamat membaca. :)


Seorang ulama' menerangkan bahawa fokus utama Ramadhan ialah penurunan al-Quran yang mempunyai maksud yang amat besar. Namun katanya lagi, selama ini kita banyak berkisar kepada puasa, solat terawih, cara solat witir. Sedangkan fokus utama penurunan al-Quran mempunyai maksud yang jauh lebih besar. 

Al-Quran diturunkan sebagai panduan untuk menegakkan suatu sistem hidup yang luhur agar masyarakat secara global memperakui Tuhan yang satu, serta tidak berpecah belah. 

Betapa kurangnya hari ini suasana al-Quran di negara kita Malaysia baik di bulan Ramadhan apatah lagi di bulan-bulan lain. Agak sukar untuk kita melihat di kaki-kaki jalan mahupun di mana sahaja orang yang membacanya. Bahkan berapa ramaikah umat Islam negara ini yang mampu membaca al-Quran dengan baik? Suasana Ramadhan di Malaysia adalah suasana membuat persiapan hari raya.

Kita hanya mengharapkan warga emas yang bertadarus di masjod-masjid apabila tibanya Ramadhan, itupun berapa kerat sahaja? Di manakah anak-anak muda kita yang cergas? Hanya mengharapkan pelajar-pelajar Tahfiz yang membacanya tidak cukup. Semoga ruh al-Quran dapat kita bawakan dalam diri kita kerana siapa lagi kalau bukan kita yang akan menghidupkannya???

Mengapa ia terjadi?

Hal ini berlaku di Negara kita kerana kurangnya penghayatan al-Quran dalam diri masyarakat kita hari ini. Jadi mari kita sama-sama menghayati agama dengan memperingat diri dengan riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadhan dengan penghayatan al-Quran.

Riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadhan dengan penghayatan al-Quran

Forman Allah Taala yang bermaksud : "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)." (2 : 185)

Menurut satu riwayat Ibnu Abbas r.a, ia berkata bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik manusia, baginda menjadi lebih baik pada bulan Ramadhan ketika mana Jibrail menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan lalu mengajarkannya al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka Ramadhan itu sendiri dikhususkan untuk baginda bertadarus dengan Jibrail, di mana baginda memeriksa bacaan serta hafalan di hadapan Jibrail. Pada setiap tahun, baginda murajaah ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan dalam tempoh setahun sebelumnya. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa pada tahun kewafatan Rasulullah memperdengarkan al-Quran kepada Jibrail sebanyak 2 kali khatam. Berdasarkan ini juga para ulama' berpendapatmengkhatamkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan adalah bersesuaian dengan syarak.

Dengan ini, adalah sunat bagi setiap Muslim untuk membaca al-Quran pada bulan Ramadhan dengan sekali khatam ataupun lebih. Menurut riwayat at-Tirmizi dan Ahmad bin Hambal adalah sunat mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap bulan. Manakala Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta', bagi sesiapa yang mampu, maka dikhatamkan seminggu sekali. 

Imam Malik sendiri apabila memasuki bulan Ramadhan, beliau akan meninggalkan bacaan hadis samaada untuk mengajar ataupun meriwayatkannya. Beliau akan memperbanyak bacaan al-Quran.

Begitulah juga para Ulama' daripada kalangan Salaf as-Solihin ada dikalangan mereka yang mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap tiga malam. Sehinggakan pada akhir Ramadhan mereka mengkhatamkan pada setiap malam.

Namun bukanlah semata-mata khatam al-Quran itu menjadi keutamaan. Al-Quran itu, hendaklah dibaca dengan bertadabbur untuk memahami ajaran yang terkandung di dalamnya dan Allah juga memerintahkan Rasulullah secara tartil.


Madrasah Ramadhan yang kita lalui mengajar kita bahawa :-

1. Mengikut dan mengamalkan apa-apa yang diperintah Allah di dalam al-Quran sebagai sumber manhaj Rabbani itu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim.

2. Ikutan dan amalan itu hendaklah dilakukan oleh orang perseorangan dan kerajaan menurut bidang kuasa yang telah ditetapkan.

3. Manusia samaada perseorangan atau kerajaan, yang mengamalkan sebahagian dan meninggalkan yang sebahagian tuntutan al-Quran adalah satu perbuatan yang murkai oleh Allah.

4. Manusia mestilah mempelajari, al-Quran itu samaada di sudut pembacaan ataupun di sudut pengertian dan kandungannya.

5. Manusia mestilah mempercayai dan berpegang teguh dengan apa-apa yang diturunkan Allah dalam al-Quran itu.

Waallahu'alam. Setakat ini sahaja SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan