Assalamualaikum wbt...

Jumaat, 10 Jun 2011

MALU, dimanakah KAMU?


"woi, batch kita ke ni? teruk ngat makai..." (loghat ganu)
"biar betul budak ni, teruk ngat!"

Perkataan-perkataan ni menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila segelintir pelajar perempuan yang satu batch meng-upload gambar-gambarnya ke dalam FB.

Diceritakan masyaAllah, memang cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan memakai t-shirt lengan pendek yang ketat.

Apakah ini?

Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah?
Dimana maruah kamu? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?

Tak malu ke kamu ni?
( cerita di atas xde kena-mengena dgn hidup penulis)

WANITA ITU PERLU MALU

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah S.W.T.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Kalian tak takut ke ancaman azab Allah S.W.T. wahai wanita?

KALIAN TELAH BERLAKU ZALIM

Memang kalian zalim.

Pertama zalim kepada diri sendiri kerana kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tak mahu mendengar nasihat.

Kedua zalim kepada ayah, abang, datuk dan bapa saudara kalian. Tahukah kamu wahai wanita sekalian bahawa Allah S.W.T. telah memberi amanah  kepada ayah, abang, datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?

Sanggupkah kalian melihat ayah kalian dilemparkan ke dalam neraka dek perbuatan kamu itu?
Imej Islam juga tercalar kerana perbuatan kamu itu.

Kasihan bakal suami kamu, belum lagi berkahwin kamu dah menzalimi mereka dengan mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.

Kamu juga menzalimi bani adam yang bukan mahram kamu,melihat aurat kamu. Seterusnya mendapat dosa dek pekerjaan kamu itu.

Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!

Kroniknya masalah ni, ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan.
Mungkin orang lain melihat perkara ni sebagai perkara biasa tetapi saya tidak.

Saya melihat perkara ni sebagai masalah ummah.

"Ustazah sendiri pakai pakaian ketat"

"Orang Islam pun pakai seksi"

Musuh-musuh Islam akan menggunakan hal ni sebagai satu senjata untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula dalam kepala manusia ni mudah sahaja.

Orang Islam = ajaran Islam itu sendiri. Segala tindak-tanduk orang Islam lakukan, orang akan fikir itulah ajaran yang dibawakan oleh Islam. Lebih-lebih lagi imej yang dibawa golongan pendidik.

Penutupnya, saya sudah menegur jadi terpulanglah...

Malu adalah lambang iman yang membawa seseorang ke syurga.
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”  
(Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan iman yang terjaga bahkan memelihara wanita-wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi.

Selalulah ingat bahawa kita ni berada dalam pengawasan Allah S.W.T. dan para malaikatNya untuk dinilai tempat mana yang padan untuk kita di akhirat kelak, AL-JANNAH atau AN-NAAR. Juga diperhati oleh manusia yang lain untuk dicontohi dan di-spy oleh musuh untuk dipergunakan.

Seorang teman pernah mengatakan kepada saya:
"hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air"

Malu banyak membawa kepada kebaikan daripada keburukan, maka tanamlah sifat malu supaya kita dapat menjadi insan terbaik untuk agama, bangsa dan negara. :D
waallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan