Assalamualaikum wbt...

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum wbt, disini penulis hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Kali ni memang takde modal langsung nak menulis. Mungkin salah satu sebab time menulis ni malam raya di Morocco. Di Malaysia dah raya dah. Pergh, sedih la jugak. Tengok gambar2 saudara-mara sedang meraya. Ish3, apa boleh buat. Tengah berjuang di negara orang katakan.

Tapi insyaAllah penulis akan mengupload gambar2 malam raya pada masa akan datang. Nak tahu gambar apa? Haaa, tunggu jelah. Petang tadi buka rtm 1 secara live, pergh bangga la jugak sikit muka masuk tv katakan. Hehe. Semua kaum kerabat tonton rancangan tu. Semua mesej kat facebook. Haha. Terubat la sikit duka nak beraya di tempat orang.

Tengok dah habis modal nak menulis. Takpelah, insyaAllah ada masa penulis akan menulis lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. :)

Layan je lagu ni...huhu

Jumaat, 19 Ogos 2011

Keluhan Wanita, Lelaki Menjawab...

Assalamualaikum wbt, semoga di hari jumaat yang berkat ni, penghulu segala hari, kita dapat meningkatkan lagi ibadat kita kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni yang semakin ditingkat pahala amalan wajib dan amalan sunat.

Hari saya cuma kongsikan satu artikel yang menarik perhatian saya. Bagi saya perkara ni harus dikongsi bersama agar iman dan akidah tidak tergugat dan semakin kukuh. Artikel ni kredit kepada kawan saya Haiqhal Hadi melalui blog beliau, haiqhalhadi.blogspot.com. Semoga sama-sama beroleh manfaat. amin.



Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak kesamarataan antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. 




Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.



Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu


Isnin, 15 Ogos 2011

Terengganu punye loghat~

(Bermula segmen TPL ni, penulis akan menulis dalam loghat Terengganu, harap2 korang semua faham ye) :)


Tiba-tibe rase rajeng nok nulis haghini, orang kate maghi zouk. Betol ke? :)
Haghini nok ngajo peribahasa ganu, 'buleh nyor'. Nape agok-agoknye maksud 'buleh nyor' ni ye?
buleh nyor = dapat buah kelapa? Haha, mesti orang hok bace artikel ni ingat gitu ok. Die ade due keadaang gok.

Keadaang pertame bile seseorang tu kena hukung atau dende di(oleh) orang yang die takut dang seumpame dengangnye.

contoh pertame:
"buleh nyorlah mu ngang cikgu Jawawi pahni, piye suruh poteng kelah ye tadi."
("Kena hukumlah nanti kau oleh cikgu Jawawi, siapa suruh ponteng kelas dia tadi.")

contoh kedue:
"buleh nyor terik ning, ustak Hairi napok aku curri buoh semette kak kebung ye tadi."
("Kena hukum kali ni, ustaz Hairi nampak aku curi buah manggis kat kebun dia tadi.")

Keadaang kedue pulok gini,

juhaidi: "fath, mung tolong izzat wak keje tadi buleh nape-nape dok?"
fath: "ade gok posen, basse dekkut pahhit, buleh nyor je sutir."

(juhaidi: "fath kau tolong izzat buat kerja tadi dapat apa-apa tak?")
(fath: "ada juga sikit, jenis kedekut teramat, dapat kelapa je sebiji.")

Napok dok beze due keadaang ni. Kepade yang sape-sape yang lebih expert loghat ganu dia buleh tolong bettolkang kalu ade saloh silap.
semoge jupe lagi. :)

ramadhan~

assalamualaikum wbt, sudah lama tak mengupdate blog ni, kalau dulu senang nak mengupdate sebab stay kat rumah tapi sekarang dah menjadi musafir, susah nak buka blog ni. Dengan kesibukan bermula pertengahan bulan tujuh, sampailah awal bulan lapan.

Pastu start ramadhan buat apa? Haha. Lama sangat tak mengupdate terus jadi malas. Maaf kepada pembaca2 sekalian kerana telah mengecewakan kalian. "ismahli akhuya"(dialek maghribi). :)

Hari ni cuma nak kongsi satu artikel tentang bulan ramadhan yang saya terbaca di blog seseorang.(lupa nama blog). Harap ia dapat memberi manfaat. Selamat membaca. :)


Seorang ulama' menerangkan bahawa fokus utama Ramadhan ialah penurunan al-Quran yang mempunyai maksud yang amat besar. Namun katanya lagi, selama ini kita banyak berkisar kepada puasa, solat terawih, cara solat witir. Sedangkan fokus utama penurunan al-Quran mempunyai maksud yang jauh lebih besar. 

Al-Quran diturunkan sebagai panduan untuk menegakkan suatu sistem hidup yang luhur agar masyarakat secara global memperakui Tuhan yang satu, serta tidak berpecah belah. 

Betapa kurangnya hari ini suasana al-Quran di negara kita Malaysia baik di bulan Ramadhan apatah lagi di bulan-bulan lain. Agak sukar untuk kita melihat di kaki-kaki jalan mahupun di mana sahaja orang yang membacanya. Bahkan berapa ramaikah umat Islam negara ini yang mampu membaca al-Quran dengan baik? Suasana Ramadhan di Malaysia adalah suasana membuat persiapan hari raya.

Kita hanya mengharapkan warga emas yang bertadarus di masjod-masjid apabila tibanya Ramadhan, itupun berapa kerat sahaja? Di manakah anak-anak muda kita yang cergas? Hanya mengharapkan pelajar-pelajar Tahfiz yang membacanya tidak cukup. Semoga ruh al-Quran dapat kita bawakan dalam diri kita kerana siapa lagi kalau bukan kita yang akan menghidupkannya???

Mengapa ia terjadi?

Hal ini berlaku di Negara kita kerana kurangnya penghayatan al-Quran dalam diri masyarakat kita hari ini. Jadi mari kita sama-sama menghayati agama dengan memperingat diri dengan riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadhan dengan penghayatan al-Quran.

Riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadhan dengan penghayatan al-Quran

Forman Allah Taala yang bermaksud : "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)." (2 : 185)

Menurut satu riwayat Ibnu Abbas r.a, ia berkata bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik manusia, baginda menjadi lebih baik pada bulan Ramadhan ketika mana Jibrail menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan lalu mengajarkannya al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka Ramadhan itu sendiri dikhususkan untuk baginda bertadarus dengan Jibrail, di mana baginda memeriksa bacaan serta hafalan di hadapan Jibrail. Pada setiap tahun, baginda murajaah ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan dalam tempoh setahun sebelumnya. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa pada tahun kewafatan Rasulullah memperdengarkan al-Quran kepada Jibrail sebanyak 2 kali khatam. Berdasarkan ini juga para ulama' berpendapatmengkhatamkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan adalah bersesuaian dengan syarak.

Dengan ini, adalah sunat bagi setiap Muslim untuk membaca al-Quran pada bulan Ramadhan dengan sekali khatam ataupun lebih. Menurut riwayat at-Tirmizi dan Ahmad bin Hambal adalah sunat mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap bulan. Manakala Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta', bagi sesiapa yang mampu, maka dikhatamkan seminggu sekali. 

Imam Malik sendiri apabila memasuki bulan Ramadhan, beliau akan meninggalkan bacaan hadis samaada untuk mengajar ataupun meriwayatkannya. Beliau akan memperbanyak bacaan al-Quran.

Begitulah juga para Ulama' daripada kalangan Salaf as-Solihin ada dikalangan mereka yang mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap tiga malam. Sehinggakan pada akhir Ramadhan mereka mengkhatamkan pada setiap malam.

Namun bukanlah semata-mata khatam al-Quran itu menjadi keutamaan. Al-Quran itu, hendaklah dibaca dengan bertadabbur untuk memahami ajaran yang terkandung di dalamnya dan Allah juga memerintahkan Rasulullah secara tartil.


Madrasah Ramadhan yang kita lalui mengajar kita bahawa :-

1. Mengikut dan mengamalkan apa-apa yang diperintah Allah di dalam al-Quran sebagai sumber manhaj Rabbani itu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim.

2. Ikutan dan amalan itu hendaklah dilakukan oleh orang perseorangan dan kerajaan menurut bidang kuasa yang telah ditetapkan.

3. Manusia samaada perseorangan atau kerajaan, yang mengamalkan sebahagian dan meninggalkan yang sebahagian tuntutan al-Quran adalah satu perbuatan yang murkai oleh Allah.

4. Manusia mestilah mempelajari, al-Quran itu samaada di sudut pembacaan ataupun di sudut pengertian dan kandungannya.

5. Manusia mestilah mempercayai dan berpegang teguh dengan apa-apa yang diturunkan Allah dalam al-Quran itu.

Waallahu'alam. Setakat ini sahaja SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK