Assalamualaikum wbt...

Sabtu, 18 Jun 2011

Sikap kebanyakan manusia?

Alhamdulillah, dah lega rasanya bila dah habis exam ni. Boleh la nak relax-relax sikit. Mandi pantai, pergi Ceuta(spain), mendaki bukit dll. hehe.. Maaf dipinta sebab tak buka langsung blog ni masa bulan 5 haritu. Bukan tak nak buka tapi kesibukan menjengah diri ini. Sibuk dengan apa? Entahlah, buat-buat sibuk atau benar-benar sibuk tak dapat dipastikan. Tapi insyaAllah diharapkan lepas ni dapat isitiqomah dalam menulis di blog ni. Sama-sama kita doakan. :)


SEMASA SENANG? BILA KITA DAPAT APA YANG KITA NAK.......

> tak sebut pun nama Allah

>ketika solat......jangankan menangis, khushuk pun tak.
   khayal pasal benda lain ketika solat
   solat? mungkin...
   hanya ada pada nama
   umpama sungai yg tak mengalir
   ek?
   macam mana tu?
   hehe..

> lupa diri!
    sombong!
    riak!
    bangga!
    takabur!
   apa yang terucap oleh hati apabila melihat org lain gagal dan kita berjaya?
   "aku hebat!"
   "apa la engkau ni......benda senang macam ni pun tak leh buat?"


     HIDUP UMPAMA RODA,
     BILA KITA GAGAL? DAN KITA TAK DAPAT APA YANG KITA NAK......

>bila kita kene sengat dek lipan misalnya
   tiada perkataan lain yg keluar kecuali
   "ALLAH........ALLAH.......ALLAH......"
   ni bukan reka tau!
   seorang teman pernah kena gigit lipan dan itulah perkataan yang disebut,
   tp.....
   malangnya....
   hanya ketika digigit lipan perkataan itu dapat diungkap
   kalau masa lain
   jangan mimpi la.. (orang terengganu kata : sokbeng koyal ar)
  oh!
   hipokritnya manusia!

> solat kita dihiasi dengan tangisan....
    bait-bait bacaan dalam solat dihayati dengan sepenuh hati
    sentiasa bangun malam dan mengadu kepada yang maha Esa
    namun bila?
   hanya apabila kita ditimpa musibah?
   hanya bila kemalangan?
   putus kaki?
   patah tangan?
   dihina oleh org lain?
   clash dengan kekasih?
   bercerai?
   gagal dlm peperiksaan?
   kemalangan dan.......buta?
   lumpuh?
   strok?

> kita bertaubat dan menghormati orang lain
   apa yang dicakapkan oleh hati apabila melihat org lain juga turut gagal?
   "aku tak boleh hina dia sebab aku pun 2 kali 5 je..."


KITA SERING BERTAUBAT APABILA KITA DITIMPA KESUSAHAN
BERAZAM UNTUK JADI MUKMIN YANG LEBIH BAIK
NAMUN.......
APABILA KEGAGALAN ITU PERGI
DAN KEJAYAAN PULA YANG DATANG?
ADAKAH KITA BENAR-BENAR BERUBAH?
ATAUPUN KITA MASIH KITA YANG DULU........
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN.........
SAMA-SAMALAH KITA BERTAUBAT... ^_^

Ego manusia.....




ADatuk, kenapa dia tak dipanggil mesyuarat malam ni?
B Biarkan dia. Dia ada ke, tak ada ke, sama je. Lagipun, cukup la dia kat posisi tu.

CUstaz, bagus betul ye Encik E tu. Cakap dia lancar, berkarisma, berkeyakinan.
DErm..
CSeronok bila dia bagi tazkirah dalam usrah tempoh hari.
D~.~

EAssalamua'laikum Ustaz. Apa khabar?
DHmm. Elok kamu jaga usrah kawasan kamu tu je.
E : Errr?~

D InsyaAllah kita akan adakan usrah gabungan pada hari sabtu ini. Tidak perlulah sampaikan pada ketua         kawasan yang lain. Mereka pun ada agenda masing-masing.
FAna baru nak jemput Encik E. Ana tertarik dengan cara penyampaiannya.
DMereka pun ada usrah kawasan hari sabtu ini. InsyaAllah lain kali.


 **************************

Jatuhkan egomu sebagai seorang ketua. Hakikatnya kita semua sama sahaja. Yang membezakan kita cuma AMALAN dan TAQWA. Bukan sebanyak mana hasil dan sumbangan kita pada masyarakat. Bukan sebanyak mana jawatan yang kita pegang. Bukan setimbun mana sedekah dan bantuan yang kita hulurkan. Semua itu tidak ada makna andai tiada sifat kehambaan dan keikhlasan pada Allah Taala. Juga, raikanlah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelak, kita disenangi oleh makhluk di bumi dan di langit, insyaAllah.

Berlapang dada, itu lebih baik..

Jumaat, 10 Jun 2011

MALU, dimanakah KAMU?


"woi, batch kita ke ni? teruk ngat makai..." (loghat ganu)
"biar betul budak ni, teruk ngat!"

Perkataan-perkataan ni menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila segelintir pelajar perempuan yang satu batch meng-upload gambar-gambarnya ke dalam FB.

Diceritakan masyaAllah, memang cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan memakai t-shirt lengan pendek yang ketat.

Apakah ini?

Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah?
Dimana maruah kamu? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?

Tak malu ke kamu ni?
( cerita di atas xde kena-mengena dgn hidup penulis)

WANITA ITU PERLU MALU

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah S.W.T.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Kalian tak takut ke ancaman azab Allah S.W.T. wahai wanita?

KALIAN TELAH BERLAKU ZALIM

Memang kalian zalim.

Pertama zalim kepada diri sendiri kerana kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tak mahu mendengar nasihat.

Kedua zalim kepada ayah, abang, datuk dan bapa saudara kalian. Tahukah kamu wahai wanita sekalian bahawa Allah S.W.T. telah memberi amanah  kepada ayah, abang, datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?

Sanggupkah kalian melihat ayah kalian dilemparkan ke dalam neraka dek perbuatan kamu itu?
Imej Islam juga tercalar kerana perbuatan kamu itu.

Kasihan bakal suami kamu, belum lagi berkahwin kamu dah menzalimi mereka dengan mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.

Kamu juga menzalimi bani adam yang bukan mahram kamu,melihat aurat kamu. Seterusnya mendapat dosa dek pekerjaan kamu itu.

Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!

Kroniknya masalah ni, ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan.
Mungkin orang lain melihat perkara ni sebagai perkara biasa tetapi saya tidak.

Saya melihat perkara ni sebagai masalah ummah.

"Ustazah sendiri pakai pakaian ketat"

"Orang Islam pun pakai seksi"

Musuh-musuh Islam akan menggunakan hal ni sebagai satu senjata untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula dalam kepala manusia ni mudah sahaja.

Orang Islam = ajaran Islam itu sendiri. Segala tindak-tanduk orang Islam lakukan, orang akan fikir itulah ajaran yang dibawakan oleh Islam. Lebih-lebih lagi imej yang dibawa golongan pendidik.

Penutupnya, saya sudah menegur jadi terpulanglah...

Malu adalah lambang iman yang membawa seseorang ke syurga.
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”  
(Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan iman yang terjaga bahkan memelihara wanita-wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi.

Selalulah ingat bahawa kita ni berada dalam pengawasan Allah S.W.T. dan para malaikatNya untuk dinilai tempat mana yang padan untuk kita di akhirat kelak, AL-JANNAH atau AN-NAAR. Juga diperhati oleh manusia yang lain untuk dicontohi dan di-spy oleh musuh untuk dipergunakan.

Seorang teman pernah mengatakan kepada saya:
"hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air"

Malu banyak membawa kepada kebaikan daripada keburukan, maka tanamlah sifat malu supaya kita dapat menjadi insan terbaik untuk agama, bangsa dan negara. :D
waallahualam...

2 perkara yang membuatkan kita tak bersyukur

PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.

Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik .
Tetapi  anda  masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.

 Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.

Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.
Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki.

Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki.

Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.
.

Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .

KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.

Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
 Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.

Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni hospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lilo, Lilo.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lilo.”

Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  menghentak kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lilo,  Lilo”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lilo.”

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.

Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya  mempunyai dua anak lelaki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di  tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.”


sekian...