Assalamualaikum wbt...

Khamis, 28 April 2011

Kisah Teladan~


Anas bin Malik r.a. menceritakan : “Kami telah duduk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. pun bersabda : “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syurga”. Kelihatan seorang lelaki Ansar yang mengurut-ngurut janggutnya dengan basahan air wuduk sambil beliau memegang sepasang kasutnya ditangan kirinya. Keesokan harinya, sekali lagi Rasulullah s.a.w. bersabda sedemikian rupa, dimana sekali lagi lelaki itu hadir seumpama kali yang pertama. Pada hari yang ketiga, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda dengan perkara yang sama. Lelaki itu muncul juga seumpama kemunculannya pada kali pertama. 

Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari majlisnya, Abdullah bin Amru pun mengikuti lelaki Ansar tersebut dan berkata kepadanya : “Sesungguhnya aku telah bergaduh dengan bapaku, maka ku bersumpah tidak akan kembali menemuinya selama tiga hari. Jika kamu membenarkan, Izinkanlah aku menumpang dirumahmu selama tiga hari”. Lelaki Ansar itupun membenarkan Abdullah bin Amru r.a. menumpang dirumahnya selama tiga hari. 

Abdullah telah menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan tiga malam tidur dirumah lelaki Ansar tersebut. Aku tidak pernah melihatnya bangun malam untuk bersolat melainkan aku mendengar beliau menyebut “Allahu Akbar” setiap kali mengalih-alihkan badannya sewaktu tidur itu sehinggalah beliau bangun untuk solat subuh. Abdullah berkata : “Melainkan aku hanya mendengar beliau bercakap tentang kebaikan”. Apabila tiga malam berlalu, aku hamper memperkecil-kecilkan amalanya, lalu aku berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, aku tidak bergaduh dengan bapaku dan keluar dari rumah, akan tetapi aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda tentang diri kamu sebanyak tiga kali: “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syurga”. Setiap kali Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata tersebut, kamu telah muncul. Oleh yang demikian, aku pun bercadang untuk mengetahui apakah amalan kmau sehingga Rasulallah s.a.w. mengtakan bahawa kamu adalah ahli syurga. Tetapi aku tidak melihat amalan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. bersabda demikian”.

Lelaki Ansar itu menerangkan: “Tiada amalan lain yang aku lakukan melainkan apa yang telah kamu saksikan”. Apabila aku berpaling darinya, beliaupun memanggil dan berkata: “Tiada amalan lain yang telah aku lakukan melainkan amalan yang telah kamu saksikan dan aku tidak pernah menyimpan rasa dendam atau hasad kepada seseorang pun diatas kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepadanya”. Abdullah pun berkata: “Inilah amalan yang menyebabkab Rasullah s.a.w. bersabda demikian tentang diri kamu”.

Mampukah kita menjadi seperti sahabat Rasulullah S.A.W. ini?
Renungkanlah...

Khamis, 21 April 2011

Kenapa Allah S.W.T. Mencipta Neraka???

Disini saya nak berkongsi sebuah cerita yang saya ada membacanya di laman web www.iluvislam.com
Semoga apa yang baik kita ambil sebagai pedoman. :D

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

*kredit kepada www.iluvislam.com

Jumaat, 15 April 2011

Salah tafsir...


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang

begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak...



“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini

kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral

itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu

tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee………. =D

Ahad, 10 April 2011

‎*.*. .Women In ISLAM Are Queens. . *.*

-gambar hiasan-



A British Man Came To Shaikh And Asked : Why Is Not Permissible In ISLAM For Women To Shake Hand With A Man?..


Shaikh Replied: Can You Shake Han With Queen Elizabeth ?..

British Man Said : Of course Not there r only Few Persons who can Shake Hand With Queen Elizabeth . . .

Shaikh Replied : Our Women Are Queens And Queens Do Not Shake Hand With A Strange Men. . .


Sabtu, 9 April 2011

TPL datang lagi =)


TPL datang lagi setelah sekian lama menyepi. Slot kali ini saya nak bercerita pasal makang pulak. Kebanyakan orang luar (selain daripada orang terengganu) kalau nak meniru orang Terengganu bercakap dia hanya tahu sebut dua perkataan sahaja iaitu 'makang' dengan 'ikang'. hahaha.. Tapi sebenarnya untuk mahir betul-betul bercakap loghat Terengganu bukanlah mudah yang disangka. Sebabnya kadangkala ejaannya sama tapi bila ada penambahan 'sabdu' dalam sebutan maknanya turut jadi berubah.

Contoh pertama:
"Jemputlah makang.. kekgi sejuk lauk tu dok sedak pulok..."
(Jemputlah makan.. nanti sejuk lauk tu tak sedap pulak)
- Ini adalah sebutan biasa. Makan di sini tiada sabdu jadi maknanya biasa-biasa sahaja.

Contoh kedua:
"Kekgi jangang lupa tutuk tudung saji.. kang habih lauk ikang makkang kkucing"
(Nanti jangan lupa tutup tudung saji.. nanti habis lauk ikan 'dimakan' oleh kucing)
- Ini adalah sebutan yang bersabdu. Makang di sini membawa makna yang berlainan dari ayat pertama tadi.

Contoh ketiga:
"Laaa... tunggu mende lagi..? Makkang ar, kang sejuk pulok lauk tu"
(Laa.. apa tunggu apa lagi..? Makanlah, nantikan sejuk pula lauk tu)
- Masih lagi bersabdu. Makan di sini membawa maksud suruhan yang bersungguh-sungguh (orang terengganu kabo sungguh T).
 
Makkang juga ada membawa maksud lain seperti:



"brek basikal tu dok makkang mane" ( brek basikal itu tak makan mana)


tapi ni adalah untuk tahap yang tinggi sikit, kita belajar yang senang dulu deh... :D


insyaAllah jumpa lagi di masa akan datang, waallahualam.

Rabu, 6 April 2011

Belajar di Maghribi @ Morocco


Baru-baru ni pelajar lepasan SPM telah menerima result mereka masing-masing, begitu juga dengan adik saya. TAHNIAH!!! saya ucapkan kepada sesiapa yang berjaya dan yang kurang berjaya insyaAllah ada hikmah di sebaliknya. =)

Disini saya nak cerita serba sedikit bagaimana nak memohon belajar di Maghribi @ Morocco ni. Hal ni atas permintaan rakan saya kerana dia juga ingin memohon belajar di sini. Disini saya lebih tertumpu kepada pelajar negeri Terengganu. Untuk pelajar-pelajar negeri lain anda boleh merujuk kepada majlis agama negeri masing-masing. Kalau macam negeri Pahang boleh rujuk kepada Yayasan Pahang. Selangor dengan JAIS. N9 dengan MAINS. Kelantan dengan YIK. Dll...

Bagi pelajar Terengganu anda boleh memohon dengan Yayasan Terengganu @ secara persendirian.

Kalau untuk persendirian anda boleh mendownload borang permohonan daripada laman web ni:
http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php

1) Download borang permohonan tu.
2) Lakukan semua arahan yang terdapat dalam borang tu.

Tak susah pun nak mohon belajar ke sini cuma nak diterima belajar ke sini itulah yang susah kerana disini mempunyai kuota.

Disini juga ada menyediakan biasiswa tetapi had kepada 15 orang sahaja.

Antara universiti yang mempunyai pelajar Malaysia:

1) Universiti Mohamed V, Rabat ( bidang pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

2) Universiti Ibnu Tofail, Kenitra ( pengajian islam)

3) Universiti Hasan II, Casablanca ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

4) Universiti Hasan II, Mohammedia ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

5) Universiti Qarawiyyin, Tetouan ( usuluddin)

6) Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)

7) Universiti Cadhi Ayyad, Marrakesh ( pengajian islam dan pengajian bahasa arab)


Manusia = Pokok


Pertamanya saya nak minta maaf banyak-banyak lah kerana lama sangat meninggalkan blog ni, kesibukan yang melanda diri ini bermula lepas exam hinggalah sekarang program Spring Intellectual Village 2011 (SIV) dan SUKMA... Cuma hari ni terdetik dalam hati untuk menulis bagi mengisi balik balang air yang telah lama kosong ni...


Manusia boleh diibaratkan seperti pokok kerana.....

Akar tu ibarat iman kita. Semua manusia tak nampak sebab dia berada di dasar tanah. Kita tak tahu macam mana bentuknya. Walaupun akar tadi kita tak nampak, namun akar tadilah yg menjadi tunjang kepada pokok utk terus hidup. Begitu jugalah iman kita. Kita tak tahu setinggi mana tingkat iman kita,ia tersemat didasar hati kita. tapi iman tadilah yg menjadi pegangan dalam kehidupan kita. Jika kuat iman tadi, maka lebih kuatlah kita. Jika sekiranya iman tidak kukuh didada, maka terhuyung-hayanglah hidup kita.


Batang tu ibarat badan kita. Semua org nampak, macam mana bentuknya dan warnanya. Begitulah badan manusia. Tiada yg tersembunyi. Kita dapat melihat dengan mata kasar kita. Kulit pula ibarat pakaian kita. Kalau sekiranya kulit pokok tu luka @ tertanggal, maka pokok tadi akan terdedah kepada penyakit @ bahaya. Begitulah kehidupan manusia, sekiranya pakaiannya tidak menutup aurat, maka terdedahlah ia kepada bahaya dan dosa.

Dahan pulak menyokong kepada pokok. Menjadi penyeri kepada pokok. Kurang dahannya, kurang menarik lah pokok tu. Dahan membantu membentuk pokok tadi. Makin cantik pokok tadi, makin lah disayangi tuan dia. Didalam kehidupan manusia,dahan tadi ibarat amal kita. JIka banyak amalnya, maka beruntunglah hidup kita. Kita akan disayangi Tuan kita.

Dahan yg segar dan cukup zatnya akan menghasilkan daun dan buah. Tapi tak semua dahan mampu menghasilkan buah. Mungkin dahan tadi hanya mampu menghasilkan daun sahaja. Hanya dahan2 yg terpilih, yg cukup zatnya mampu membantu menghasilkan buah. Dalam kita melakukan ibadat, yg mana yg betul2 ikhlas kerana Allah barulah betul2 mendapat ganjaran dariNYA. Jika sekiranya ibadat tadi dilakukan sambil lewa, ia ibarat dahan pokok yg tidak berzat, maka ia tidak mampu menghasilkan buah. Mungkin zatnya yg kurang mengcukupi tadi hanya mampu menghasilkan daun. JAdi bagi seorang manusia yg hanya melakukan ibadat kerana nama dan pangkat, maka mereka hanya mendapat nama dan pangkat tersebut, namun mereka tidak akan mendapat lebih dari itu. Kerana ibadat mereka tadi tidak ikhlas kerana Allah.

Pokok memerlukan zat utk terus hidup. Ia memerlukan baja, air dan cahaya matahari. Sekiranya kurang mendapat zat, maka pokok tadi akan layu dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan mati. Begitu jugalah manusia. Manusia memerlukan ilmu. Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil. Tanpa ilmu manusia ibarat tidak berguna dan mungkin akan menyusahkan dirinya sendiri. Jadi tuntutlah ilmu supaya kita dapat mejadi seorang manusisa yg berguna. Ibarat pokok yg berbuah rendang, yg segar dan menarik.

Fikir-fikirkanlah akan tentang hidup kita ini....